Konsultasi penyusuan

secara lawatan ke rumah

Bagi ibu yang memiliki cabaran untuk hadir ke ruang konsultasi Prexious Lactation Center, konsultasi penyusuan secara lawatan ke rumah adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Namun begitu ia juga tertakluk kepada linkungan radius ibu dan lokasi perunding laktasi kami.

Apa pun itu, kami sehabis baik akan membantu ibu sesegera mungkin untuk menyelesaikan isu penyusuan anda.

Tempoh konsultasi penyusuan secara lawatan rumah akan berlangsung kira-kira 1 hingga 2 jam melihat kepada tahap kesukaran kes.

Sesi konsultasi akan fokus kepada masalah penyusuan yang sedang dialami. Anda akan hands-on bersama perunding laktasi kami untuk lebih yakin.

Perunding laktasi kami akan menyediakan pelan tindakan yang akan membantu anda dan bayi anda mencapai hasrat penyusuan anda.

Perunding laktasi kami juga akan memberikan rujukan atau menetapkan sesi follow up sekiranya perlu.