Konsultasi penyusuan secara dalam talian

Anda boleh menetapkan slot konsultasi mengikut jadual yang bersesuaian dengan anda secara dalam talian. Sekiranya anda memiliki keterbatasan untuk hadir ke Prexious Lactation Center, maka konsultasi penyusuan dalam talian adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Secara umumnya tempoh masa untuk setiap sesi adalah pelbagai mengikut tahap kesukaran kes penyusuan yang sedang anda alami . Ia bermula dari 1 jam dan seterusnya.
Sesi konsultasi akan fokus kepada masalah penyusuan yang sedang dialami. Namun ibu sangat digalakan untuk bersama peneman ketika sesi konsultasi berlangsung agar proses navigasi kamera dapat dilakukan (untuk masalah perlekepan) dengan efisien. Ini sangat penting untuk ibu mendapatkan hasil yang optima ketika sesi berlangsung.
Perunding laktasi kami akan menyediakan pelan tindakan yang akan membantu anda dan bayi anda mencapai hasrat penyusuan anda.
