Klaim 10% off sekarang untuk temujanji pertama anda melalui website
PREXIOUS Lactation Center adalah sebuah hub informasi penyusuan yang diterajui oleh sekumpulan prefesional dan dinamik dalam membantu anda menjalani proses :
Apa yang kami dapat bantu?
Penyusuan Susu Ibu

Pemilihan Pam Susu

Penggunaan Alat Gendongan Bayi

Urutan Laktasi

Pembinaan Bilik Laktasi di Tempat Kerja

Bantuan mencari ibu susuan / anak susuan atau keperluan susu ibu tambahan

Kenapa pilih kami?

Konsultasi Penyusuan Profesional & Bertauliah
Kami dikendalikan oleh doktor & konsultan laktasi IBCLC yang berpengalaman, memastikan setiap ibu mendapat nasihat penyusuan yang tepat dan selamat untuk diri dan bayi mereka.

Sokongan Menyeluruh Untuk Setiap Fasa
Daripada antenatal (sebelum baby lahir) hingga penyusuan berterusan, kami menyediakan sokongan lengkap termasuk teknik menyusu, peralatan penyusuan, dan bantuan breastfeeding demi hasil yang terbaik.

Kaunseling Fleksibel & Selesa
Sama ada anda perlukan konsultasi bersemuka atau atas talian, kami sediakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup moden para ibu.

Teknik & Pendekatan Mudah Diikuti
Teknik laktasi yang kami ajar bukan sekadar teori. Ia adalah tips praktikal yang boleh terus digunakan dalam kehidupan harian, membantu ibu merasa yakin dan yakin dalam perjalanan penyusuan.

Fokus Pada Kebahagiaan Ibu & Bayi
Pendekatan kami bukan hanya tentang kuantiti susu, tetapi tentang kualiti pengalaman menyusu, memastikan setiap ibu rasa difahami, didukung dan gembira sepanjang proses.
Perjalanan Penyusuan Yang Lebih Yakin & Tenang
Sokongan profesional untuk membantu ibu mengatasi cabaran penyusuan dengan selamat, yakin dan penuh empati.
Konsultan Bertauliah (IBCLC)
Dibimbing oleh pakar laktasi yang diiktiraf antarabangsa untuk memastikan nasihat yang tepat dan selamat.
Sokongan Menyeluruh
Daripada persediaan sebelum kelahiran hingga penyusuan selepas bersalin — kami bersama anda di setiap fasa.
Konsultasi Fleksibel
Sesi bersemuka dan atas talian yang disesuaikan dengan keperluan serta keselesaan ibu
Apa feedback klien kami?
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Sangat berpuas hati dengan servis daripada Prexious Lactation Center.
Penerangan yang diberikan jelas, mudah difahami dan sangat membantu saya dalam journey breastfeeding. Cara approach pun lembut, supportive dan tak judgemental, buatkan saya lebih yakin sebagai ibu menyusu.
Banyak ilmu baru yang saya dapat, bukan sekadar teori tapi praktikal dan sesuai dengan situasi sebenar. Sangat recommended untuk ibu-ibu yang perlukan bimbingan dan sokongan breastfeeding. Terima kasih banyak Prexious Lactation Center ❤️
AnIs Ismail

Saya sejak bersalin haritu jadi milk bleb selama 3 minggu, sakit sangat setiap kali baby menyusu, then saya dapatkan bantuan dari Prexious Lactation Center untuk remove milk bleb tu, surprisingly, tak sakit langsung. Lega sangat.
Consult dengan Dr Nurhaya, dia ajar teknik penyusuan yang betul, cara latching, posisi menyusu, cara tidurkan baby (props + teknik), sangat berpuas hati. Bila bercakap dengan Dr rasa tenang sangat dan ilmu beliau sangat la banyak. Dr even sudi bantu saya bila saya tanya soalan di luar waktu consultation.
Highly recommended ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Semoga Dr dan team terus maju jaya, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sebab banyak bantu ibu ibu di luar sana 😊
Farina Qistina Kamal

Tak Perlu Hadapi Cabaran Penyusuan Seorang Diri
Kami sediakan kelas dan bimbingan praktikal untuk membantu anda lebih yakin, tenang dan bersedia dari awal.


